10 Hari 9 Malam
Specific Tour
30 people
Bahasa Malaysia
TARIKH: 15 – 24 FEBRUARI 2024
Di dalam Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t telah menurunkan ayat ini “Hari ini aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian” (Quran 5:8)
Sertai sesi Umrah bersama Dato’ Sheikh Hussain Yee yang akan memberikan pengalaman yang berbeza dan lebih istimewa sepanjang anda berada di Mekah & Madinah.
Beliau akan membimbing para jemaah sepanjang umrah ini berlangsung dan berkongsi ilmu tentang sirah Rasulullah SAW serta amal ibadah sunnah yang boleh dilaksanakan ketika berada disana.
Terokai perjalanan rohani yang menyuntik jiwa agar lebih berusaha memantapkan aqidah dan taqwa kepada Allah SWT serta mempertingkatkan rasa kasih dan sayang terhadap Nabi Muhammad SAW.
Biodata Ringkas Dato Sheikh Hussain Yee (DSHY):
Biodata Ringkas Dato Sheikh Hussain Yee (DSHY): Dilahirkan dalam keluarga yang beragama Buddha, Dato Sheikh Hussein Yee (DSHY) telah memeluk Islam pada akhir tahun 1960-an. Setelah beberapa tahun memeluk Islam, beliau telah direzekikan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Hadis di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Di antara guru beliau ialah Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, seorang ulama hadis kontemporari yang terkemuka. Setelah tamat pengajian beliau telah menubuhkan Pertubuhan Al-Khaadem selepas pulang ke tanah air. Al-khadeem ditubuhkan untuk membantu semua lapisan masyarakat yang ingin mengubah dan memperbaiki diri menjadi dari segi rohani, jasmani/fizikal dan mental. DSHY mula dikenali melalui ceramah beliau yang ringkas tetapi bermakna sehingga berjaya menyentuh hati audiens/penggemar/pendengar global. Beliau juga aktif dalam memberi kuliah berkenaan agama Islam di persada antarabangsa sehingga muncul di pelbagai rangkaian media terkenal seperti Discover Islam TV, Islam Channel London, Peace TV, dan IQRA TV. Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai penasihat Pertubuhan Pelarian Islam Cambodia di Paris. Menjadi Penasihat dan Pegawai Mubaligh di PERKIM Kuala Lumpur, dan Pengarah Da’wah bagi Pusat Islam di Hong Kong dan sebagainya. Penglibatan beliau di dalam arena dakwah antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Kini beliau masih aktif memberikan ceramah dan personaliti diri beliau sangat disenangi dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. |
Cara menempah dan memilih pakej umrah yang diinginkan?
Catatan:
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan maklumat tambahan tentang pakej ini, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +6012-396 8378 (Cik Hajar) atau e-mel kami di admin@qalbyilmtours.com.
Sila ambil maklum bahawa semua harga yang dinyatakan adalah harga permulaan dan akan berubah bergantung kepada jenis pakej serta servis tambahan yang dipilih. Harga pemulaan yang ditetapkan oleh QIT juga mungkin berubah bergantung kepada pentadbiran Kerajaan Arab Saudi ketika itu.
Jadi! Tunggu apa lagi?
Sertai Qalby ILM Tours untuk perjalanan umrah anda yang dipimpin sepenuhnya oleh Dato’ Sheikh Hussain Yee menelusuri ibadah umrah yang lebih menekankan amalan sunah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
*Disclaimer: Rakan Kongsi Tiket bersama KOPETRO Travel and Tours
*Disclaimer: Tentatif perjalanan yang dikongsikan adalah belum muktamat dan pihak QIT berhak mengubah agenda program bergantung kepada faktor kesihatan DSHY dan situasi semasa kerajaan Arab Saudi.
04:30 AM
7:10 AM
11:15 AM
* Semua jemaah lelaki dinasihatkan untuk memakai ihram (izar) di KLIA atau di atas pesawat. Kira-kira dua (2) jam sebelum melintasi Miqat di Qarnul Manazil, hendaklah jemaah lelaki memakai pakaian ihram secara sempurna.
10:00 AM
12:30 PM
10:00 AM
03:10 PM
05:00 AM
Kami menawarkan empat(4) harga pakej yang berbeza mengikut pemilihan kapasiti bilik:
Anda boleh menaik taraf ke pakej perniagaan Sila maklumkan kepada team QIT yang berhubung dengan anda.
Pakej ini terbuka kepada kanak-kanak dan bayi. Berikut merupakan harga untuk pakej kanak-kanak dan Bayi:
- Bayi (0-2 tahun): RM2,000
- Kanak-kanak (2-6 tahun): RM7,000
- Kanak-kanak (6-11 tahun): RM9,000
Sila ambil maklum bahawa harga tersebut diberikan untuk kanak-kanak dan bayi yang berkongsi bilik bersama ibu bapa mereka. Sah untuk Pakej Ekonomi Bilik Berdua sahaja.
Dengan hanya membuat pembayaran deposit sebanyak RM1,500 (1 pax), anda secara rasmi menjadi bakal jemaah untuk trip umrah kali ini.
Trip Umrah Bersama Dato' Sheikh Hussain Yee dibuka kepada 50 jemaah terawal sahaja.
Pembayaran Secara Penuh (full payment)
Pembanyaran Secara Ansuran
Tentatif bagi Umrah bersama Dato' Sheikh Hussain Yee (DSHY) adalah BELUM MUKTAMAD. Hal ini adalah kerana Pihak Qalby ILM Tours berhak untuk mengubah agenda program bergantung kepada faktor kesihatan DSHY dan situasi semasa kerajaan Arab Saudi.
Pelanggan bertanggungjawab untuk mematuhi arahan penerbangan dan/atau operator pelancongan. Syarikat penerbangan berhak untuk membatalkan atau mengubah jadual penerbangan tanpa notis. Jadual penerbangan berdasarkan masa penerbangan yang dijangkakan seperti yang dinyatakan oleh syarikat penerbangan.
Cuaca dan faktor-faktor lain boleh mempengaruhi keadaan operasi, waktu pelepasan dan ketibaan tidak dapat dijamin dan bukan tanggungjawab Qalby ILM Tours.
Qalby ILM Tours, tidak mempunyai kuasa ke atas peruntukan tempat duduk pada mana-mana syarikat penerbangan, walaupun jika ditempah terlebih dahulu dengan syarikat penerbangan, dan tidak menjamin bahawa tempat duduk tertentu akan tersedia semasa berlepas.
Mekah
Madinah
Ianya tidak diwajibkan namun Kerajaan Arab Saudi menggalakkan para jemaah mengambilnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Pihak QIT akan menganjurkan kursus umrah khas buat bakal jemaah yang bakal mengikuti trip kali ini. Kursus umrah akan dipimpin oleh Dato' Sheikh Hussain Yee sendiri.
Deposit akan dikembalikan sekiranyan tempoh pembatalan dilakukan dalam tempoh sebulan dari tarikh pembayara deposit .
Jika anda membuat pembatalan melebihi sebulan daripada tarikh pembayaran deposit, jumlah yang akan dikembalikan kepada anda adalah sebanyak 50% daripada jumlah deposit yang dibayar.
Jika anda membuat pembatalan dua(2) bulan sebelum tarikh penerbangan ke Mekah, deposit tidak akan dipulangkan.
Pilihan lain:
Terma dan syarat pemulangan wang adalah seperti berikut:
Catatan: Jumlah pemulangan wang bergantung kepada sebab pembatalan perjalanan Jemaah.
Leave a review